Friday 1 June 2012

Ini aku, ini kisah aku, ini diri aku.

Di sudut hujung katil, di sebalik tepi loker kamsis ini aku terperuk untuk menaip setiap kisah2 aku yg berlaku. Aku tidak pasti ape yg terjadi dalam hidup aku sebenannye. Kadang aku suka berkata sendirian, kadang aku suka membuat pemerhatian. Siapa aku untuk menilai seseorang itu, dan siapa kau untuk menilai aku. Siapa korangg nak menjauhi aku, dan siapa korangg nak berkata pasal aku, wahai musuh2 aku, sangat sempurna kah kau di mata Allah ? Bukan aku nak menunjuk aku alim, tapi siapa korangg semua nak membenci hamba Allah, ye termasuk aku juga. Muhasabah lah diri masingmasing. Duduk di suatu tempat yg tenang, dan bemonolog lah kau dgn hati kau, diri kau. Kau akan semakin dekat dgn diri kau, jika kau selami hati kau, tapis sikap kau, dan mengkaji perangai kau. Aku bercakap dari pengalaman aku sendiri, pernah kau berasa susah dalam kehidupan kau ? Susah kau nak berdikari jika kau dikelilingi dgn kemewahan. Dulu aku sentiasa miskin, miskin dgn kasih sayang, miskin dgn kasih sayang dr ayah dan emak aku sendiri. Pernah korangg bergaduh dgn parents korangg ? Tak bertegur sapa dgn emak kau, padahal dulu kau rapat dgn mereka ? Jika kau hadapi ini, sama seperti aku, setiap hari aku bangkit dari beradu, mencuba untuk mencari jalan penyelesaian sendiri, jikalau bukan aku yg tolong diri sendiri, siapa lagi mahu menolong aku ? Aku tekad dgn gigih atas usaha aku sendiri, aku cuba hidup di atas kaki aku sendiri, aku mengadu sesama hati, mengadu kepada Allah, mengapa Kau uji aku dgn dugaan begini beratnya ? Aku masih terfikir sehingga kini, dan cuba sedapkan hati, ade hikmah berlaku sebalik kejadian. Kehidupan aku lalui hari demi hari yg berbekalkan semangat dan sokongan temanteman, aku pedulikan setiap cacian, pekakkan telinga dari setiap kutukan, siapa mereka semua nak berkata sedemikian. Ini kehidupan aku, ini drama aku, ini kisah aku. Ini semua mengajar aku erti kesusahan dalam kehidupan, erti ketabahan seorang remaja bergelar pelajar perantauan. Ini semua makin membuat aku semakin tabah, kuat, berdikari. Kepada sesiapa yg tidak mengenal aku dgn dekat, sila jgn membuat sebarang kesimpulan negative aku pohon sama sekali. Latar belakang kita jarang sama sekali, malah jauh beza. Maaf kepada sesiapa yg pernah terase dgn sikap lemah aku selama ini. Aku hanya insan biasa, yg membezakan kita adelah hati.



"Semoga bulan June, adelah bulan yg baik dr bulan sebelumnye"





No comments:

Post a Comment

silakan membebel di sini ;p