Monday 28 May 2012

Antara Cinta, KasihSayang, dan Sahabat

Nahh, bangunbangun terus capai lappy sbb baru teringat nak karang blogg dr haritu asyik tertanggguh je, lahaii -_- Amekk kau, mmg sengaje nak update lelambat, nak cari masa sesuai timbul2nye idea biler nak mengarang ni kena lah byk cikit nak cerita baru best nak baca kan ? Siapa nak baca blogg aku ? Mmg takde pun, sendiri puas hati lah, org takbaca pun takpe, sbb aku suka segala coret2 aku ni rahsia, diam2 dah lah, tp baik takpayah buat blogg kan ? Okayy aku anggap ia diari online aku, sbbnye nak tulis kat buku diari mcm tak menarik, takde kelopak2 bunga ross jatuhjatuh, teehheee :D

Permulaan pagi yg sejuk2, alhamdulillah, tanpa aku cuci muka, aku menaip dan terus menaip. Yuckss, loqlaq kau Hani, demm, ahaha :P Patutnye ade class harini, tp Cik Siti ade hal, soo class dia akan ganti hari lain. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, cuti memanjang kat kamsis jela aku, takkemana selain mencari makanan untuk perut kesayangan ni..

Dydy, aku baru dapat berita pasal kau malam td, Syida (junior SMK aku dulu, junior Dydy jugak kat UNISEL) yg bgtwu melalui DM kat twitter. Bukan aku okayy yg nak sgt amek tawu pasal kau ! Kite mmg dah lame takde pape, okayy itu aku dah take note lame lah pasal kau, lepas 2minggu lepas kau dah contct aku tu, aku mmg dah taklayan kau, lupakan kau, ape2 jela pasal kau ! Aku pun ade hal lain nak pk la weii, bukan 24jam aku pk kau je, engat aku mcm dulu ke Dydy ?! Yg takboleh berdiri atas kaki sendiri ? Sorry, itu mungkin kau kenal aku time umur aku 18,19,20tahun !

Apepun buat kau Dydy, tahniah sbb dah dapat pengganti aku, aku dah stop stalk semua pasal kau, facebook kau ?? Facebook aku sendiri pun aku lama dah tak on, apentah lg facebook kau weii, pliss stop pk yg aku je selalu amek tawu pasal kau, lgpun kau dah remove aku kan kat fb. Dah lupa ? Jap aku tulis dalam nota pelekat aku "Kau dah remove aku kat fb kau !" Then tampal kat dahi kau, boleh ?! Pliss take note Dydy, aku dah boleh terima keadaan yg kau dah tinggalkan aku, aku dah taklayan kau pun, last text dgn kau pun malam td, itupun aku wish congrats kan ? Kalau itu pilihan kau, jaga perempuan tu bebaik, jgn lukakan hati dia, pasang niat kau untuk memperisterikan dia, secara tak langsung kau pun dapat pahala biler kau ade niat time couple mcm tu, aku bukan nak jadi ustazah ke ape, aku cuba nak berubah ke arah kebaikan, dulu aku jahat kan ? Sbb tu kau pun tingglkan aku, okayy never mind.

Aku ?? Aku tetap Single mcm ni la Dydy, aku belum ade komitmen lg nak pk pasal cintacinta ni, mayb aku takut mengecewakan atau dikecewakan. Aku taktipu kau, kalau aku ade bf, dah lame aku buat relationship kat fb tu, bukan nak menunjuk tp cara tu jela aku nak kau elert pasal aku, sokayy aku tetap teruskan harihari aku dgn Single, kau pun tawu kan semangat aku ni semangat yg takde kat orglain. Airmata aku malam td, airmata terakhir buat kau, aku janji. Lepas ni kalau aku rindu kau ke, aku takkan menangis, tawu tak kalau aku menangis, muka aku makin macam hantu ?? Hahaha, aku taklarat dah nak menangis pasal kau. 

Tahniah Dydy, tahniah untuk pasangan Dydy sekali, untuk makwe Dydy, jaga Dydy bebaik, tolong faham dia, faham keadaan dia, biler dia marah, kau kena buat dia ketawe, jgn layan dia punya marah, biler dia tengking kau, kau jgn melawan, kau senyum, gerenti dia takjadi nak marah, biler dia menangis rindukan kau, kau kena pegang duadua pipi dia, jgn bg dia menangis. Kalau dia bz, kau kena faham, jgn merajuk kalau dia takde masa untuk kau, sebaliknye kau kena tunggu dia sampai dia habis main futsal, walaupun itu masa kau untuk tidoo. Dydy lelaki baik, kau kena jaga dia betul2, jgn bg dia lepas kat tgn orglain, dulu aku takpandai nak jaga dia, sbb aku ade masalah lain nak kena setel, Dydy tak merokok, aku harap dia akan terus kekal tak merokok, dia suka kucing, dia penyayang, kontra dgn aku yg taksuka kucing, dia tinggi, kepale aku paras bahu dia je, okayy kontra dgn aku, dia sopan, lembut, sgt2 kontra dgn aku yg mengganas. Jaga dia baikbaik okayy, aku tawu kau boleh jaga dia, kalau tak, takde dia pilih kau sebagai pengganti aku. Semoga bahagia korangg :))

*DM Syida, ini bukti !*





Yaaaaa ! Aku dapat gossip dgn Aldy ! Mana ade kitorang couple lah ! Kawan, sahabat ! Itu sesuai kott, scndel ?? Bongok, aku takminat scndel, kawan lelaki aku je semua scndel ? Pape entah korangg, takpenah nak positiff langsung ! Sebab tu aku suka berkawan dgn lelaki, dorangg semua ni sempoii je, sensitif tu kurang ditunjukkan, soo dorangg ni takkan buat muka merajuk bagai, rilexx cooll ! 

Haritu birthday Aldy, dia belanje makan nasi ayam pulak, yeayy ! Sibuk je Aldy nak nasi tambah jugak mcm aku, hahaha. Sokayy, sbb nampak mcm sedap kan, soo dia pun teringin nak nasi tambah, kalau aku katmana2 mesti mintak nasi tambah, hahaha, oopsss ! Happy birthday Aldy, dah 22tahun dah awak kan, tehheee :D Biler lg nak jumpa kau kan, shortsem ni kau dah ler last, sem depan aku hilang lg sorangg kawan, haishh, takpe2 twitter kan ade, hahahha !

*muka hantu yg kelaparan*

*belanje Aldy ice-cream*

Semoga harihari yg mendatang, aku lebih kuat, lebih bersemangat, takde airmata, takde teringat kisah silam, pedulikan pengkhianat2, jadi diri sendiri, kawal percakapan, berfikir sebelum bertindak, bijak buat keputusan dalam pembelian, jimat itu paling penting ! FARAH HANI SOFFEA, semoga awak kuat dan tabah okay, awak bukan forever alone, awak ade parents, family, kekawan, engat tu Hani, kalau kita susah sekarang, insyaAllah masa depan kau cerah. Takde bf sekarang, engatlah bukan takde bf selamenye, Allah dah mempersiapkan seseorang yg terbaik untuk kau Hani, nak dapat seseorang yg terbaik itu memakan masa, aminn aminn ya robbal a'lamin...



Sunday 20 May 2012

Kau lah kawan, teman, abang !

24 April 2012 > Paper pertama final exam aku untuk semester 5..

6.30pm : Petang sebelum paper esok tu, Syah ade tweet dgn aku, dia tnye malam ni kau study mana ? Then aku pun jawablah aku study kat Libry dgn Meka, nak join kitorang jom lah. Syah pun tweet balik, okayy nnt aku datang lepas Isya'.

8.00pm : (Libry) Aku dgn Meka pun study lah untuk paper esok tu, tu pun study memain je aku rasa, selakselak mcm tu jela, siyess mcm takde mud aku time tu, tunggu Syah takdatang2 pun. Mayb dia g makan dulu ke ape ke, lewat sikit ke, takpela tunggu jela kan. Sampai pukul 9.15pm pun takdatang2, dah lepas Isya' sgt ni. Takpela tunggu lg, kebetulan BIS aku pulak dah expired, demmm ! Mcm mana aku nak tweet & bbm Syah ni, nak mesej lg lahh jgn cakap pasal credit, mmg 0.00cen ! Mmg nak kate taksedap hati tu takde la, sbb aku sentiasa pk positif je.

9.25pm : Tibe2 aku dapat call dari Aldy. Aik, Syah yg nak study dgn aku, Aldy pulak call ?? Takpela aku jawab je dia punya call. "Hani, hani tawu tak Syah excident ?" Aku pun mmg terkejut lah sgt, dah takdapat nak pk ape. Rupanye dorangg kecohh kat twitter, demm BIS aku pulak deactived mmg tak lahh aku nak tengok twitter time tu ! Aldy tnye aku, aku katmana sekarang, aku cakap lah kat Libry, mmg ade tunggu Syah pun. Panik gilerr aku, sampai taktawu nak buat ape, Aldy suruh aku g Hospital Kulim, yaa ! Mmg aku kena pergi tengok Syah jugak !

9.30pm : (Hospital Kulim) Okayy, dah sampai ! Thnks Meka hantar aku kat sini. Aku dah tak pk betape selekehnye aku malam tu, haishh. Demmm, salah masuk tempat pulak ! ICU kat belakang deq, okayy masehh nurse ! Depan kaunter ICU, encik ada tak kawan saya excident hantar sini ? Jeemmm, soalan ape aku tanye ni, mmg lah kecemasan, kemalangan hantar sini Hani ! Takkan hantar workshop pulak, alahaii. Biasa lah tu risau beb, takboleh nak pk ape ! Cuma pk Syah, teruk ke, berbalut2 kepale ke, ade patah pape ke, sedar ke dia tu, mana nak pk positif dah time ni, lg2 ICU pulak. Masuk2 tu haa ade lah aku jumpe kawan2 serumah Syah, aik ? Okayy abaikan, nasib baik ade kwn serumah Syah tu, dorangg cakap Syah baru masuk dalam, dorangg pun takjumpa Syah lg, aku pulak dah tawu dorangg tu kwn serumah Syah, boleh lg tanya soalan bodoh "Korangg kawan rumah Syah kan" *dalam hati harap taksalah orang* Dorangg pun aah lah, cakap gitu gini gitu gini pasal Syah sempat call dorangg..

10.00pm : (ICU) Masih kat tempat tadi, tapi yg berbezanye Meka, kwn2 rumah Syah dah pergi. Meka kena balik rumah, sbb dia kate mesti lama, takkan dia takbalik rumah. Takpela, aku paham sbb dia pun tumpang rumah Aunty dia, ni haa kwn2 rumah Syah tu, nak kate perempuan, lelaki kan ? Boleh kua malam nak balik pagi tu takpela, korangg lelaki. Taknampak ke aku pakai tudung, aku ni perempuan tawu tak ? Korang bia kan aku sesorang kat hospital ni pulak, takpela hospital kan tempat umum, ramai orang. So mana ade aku sorangg. Aldy pulak byk kali call aku, mayb dia risau Syah, risaukan aku jugak, sbb nnt aku nak balik rumah sewa malam2 cam ni mcm mana, dgn takde crdt lg. Takpe Aldy, call-me-back kan ade, hehhe ! Tu la, aku pun pk mcm mane nak bgtwu Syah ni aku kat sini tunggu dia. Baik hati sgt Aldy transfer crdt dia untuk aku rm2 ! Gilerr terharu pulak aku T__T

11.30pm : (ICU) Pun kat tempat tadi, duduk berdiri, duduk berdiri. Aku pun ade dah mesej2 Syah time 2, aku bgtwu aku kat luar ni tunggu kau, kang kau jgn balik terus pulak, pergi mana2 pulak. Dia ade bgtwu suruh pegangkan beg dia, tp mana boleh masuk zon kuning tu Syah oii. Takpela aku tunggu luar kang kalau kau dah siap ke bgtwu.

12.00am : Syah pun bgtwu, dia dah nak siap ni, mayb doc tu cuci2 luka2 dia kot, takpe tunggu lagi, tunggu lagi hani. Buku ? Nota ? Duduk diam dalam beg, mmg takde focus, padahal esok exam tu. Syah pun ade gak mesej suruh study, gilerr mmg focus habess kan kat ICU ni.. Lepas 15minit lepastu, haa langsir kat zon kuning tu maka terselak sudah menampakkan mamat berkerusi roda, melambai2 kat aku.. Eh, Syah ke tu ?? Mata aku rabun ni, mana nak nampak sgtt, okayy stayy kejap.. Haa, mamat tu lelambai lg ke kat aku ?? Alamak, tu mmg Syah la, apesal aku ni, dah takkenal kawan pulak ! Aku pun bangun tinggalkan helmet, nota2 kat kusi tu, datang dekat kat mamat tu, sahhh ! Itu Syah !

12.30pm : Jeng, jeng, jengg ! Tuddia, naik lif, nak g mana ni taktawu, nurse laki ni sorong Syah nak bawak mana ni ?? Syah kate kena tahan wad ! Demm, aku kena tidoo wad ke ape ni ?? Mcm mana nak balik pulak ni, okayy buntu ! Wad 4, wad lelaki.. hehhehe *akaljahat* Dah sampai katil Syah, haa aku pun ape lagi, jg wartawan lahh interview Syah, mcm mana boleh excident ni ? Langgar ape ? Kena langgar ? Soalan bertalu2 aku bg kat dia, tp...... Dia takboleh nak cakap banyak, maaf Syah. Aku pun tnye taktengok keadaan :(

Syah kate dia mengelak dari anjing, lorong jalan umah dia tu gelap, dia kate dia nampak anjing, lepas jatuh tu dia taksedar pape, sedar2 dah dalam kereta orang yg bawak dia g hospital, tu dia sempat call yg lain bgtwu dia excident. Tangan kiri kanan dia luka, kaki kanan urat putus, dagu skin lost, luka2 sikit kat pipi, kat  dade pun luka ckit, tettttt ! OMG, mcm mana aku tawu dia ade luka kat dade pulak, hahha. Aku tukarkan baju Syah time tu, nak kena pakai baju hospital warna hijau tu ha, alamak darurat Syah, takpe ke, nak bia dia tuka sendiri, taksampai hati..Okayy, baju je ea, seluar dia buat sndiri, ooppss ! Gilerr sopansantun lemahgemalai terus mcm wanita melayu terakhir dah aku time tu, kang ganas kang, terkena luka2 dia pulak. Tang pipi, muka aku, mmg dah merah2 aku rasa, demm malu.. *kali pertama aku buat kat lelaki camtu kott*   Nasebbaik lah kawan, takde masalah lah kalau kawan2 ni :))

*skin lost di dagu

*urat kaki kanan putus satu

*muka dalam keredhoan :)


*tangan kanan kiri luka

1.30am : Aku pun beredar tinggalkan Syah yg kena tidoo kat wad malam tu, katenye parents dia dah otw tu dr Sepang.. Lega lah sikit dengar camtu.. Nasebbaek ade Mimi *rumet rumah sewa* dgn ikhmal datang malam tu jugak amek aku kat hospital, then melawat Syah sekali..


Esoknye aku bangun pepagi, study kat Libry, nasebbaek paper tu petang, ade jugak masa untuk aku study, alhamdulillah.. Syah pulak operation kaki untuk sambung urat yg putus tu, alhamdulillah semua selamat operation pukul 2.30pm selesai.. Mcm biase lahh aku yg suka menangis sorok2 ade gak menangis sbb dia, yela kan kwn sendiri excident agak teruk tu, lg2 minggu2 final exam pulak, mcm mana dia nak jawab exam ni, mcm mana nak study, dia extend ke nanti, mesti takdapat konvo sekali, ahh !! Syah mesti lg streeesss.....


Lepas operation tu, dia pun beredar balik Sepang, alamak sape nak jaga aku kat Kulim ni ?? Okayy berdikari hani oiii..... Bile study sesorang tu, teringat dia, dia selalu teman aku study sesorang kat jabatan kott, dah teringat mula lahh banjir airmata sorang2, byk kot kenangan aku dgn dia, shopping sesama, tengok wayang, makan, selalu aku dgn dia lah, senang cakap ke hulu ke hilir dgn dia.. Ouhh, terimakasih sahabat.. Bye Syah, jumpa sem depan...

2minggu kemudian....
(Bbm + Skype )
Syah : Hani, aku taknak extend. Aku nakbuat cm ne ea? 
Aku  : Try tnye en.Yu nak buat camne mana, mana tawu dia boleh tolong.. Kau mcm mane, dah            okayy ke ?
Syah : Dah okay jugak, luka dah kering sbb bubuh aloevera, kaki jela pakai tongkat.
Aku : Tp kau dah boleh study ke, kalau taklarat nak jawab exam, takpayah lah buat, nnt sakit lain pulak.
Syah : Takpela aku cuba slow2..

2 May 2012 > Final exam for Marketing Research

Macam biase lahh, semua bertungkuslumus untuk subject yg paling susah ni dalam sem5... Syah pun amek exam sama paper dgn kitorang, tp dia buat kat bilik meetingg lectr *kat ofis*
Wahh, agak lama takjumpa, over excited nak melawat dia kat bilik metingg tu... 


Alhamdulillah, semua dah selesai, final exam semua dah habess, cuma tunggu keputusan dan hasilnya nnt. Syah pun dah jawab semua paper final exam, tp dia set B, okayy lah jugak tu kan.. Sorry lambat post pasal ni dalam blogg, sbb baru reneww password, password sebelum ni dah lupa *senyum nampak gigi* hehhehe.. 
Tp, skrg risau pasal results, esok results sem5 keluar, harap semua subject aku lulus, setakat lulus pun takpe, aku tawu aku bukan budak yg pandai sgt mcm kwn lainlain, tp aku ade semangat, yee ! Semangat aku yg kire taknampak mcm semangat orangglain, biar lah aku takpandai mana pun, asalkan aku pandai hormat orang dan menghargai. Latarbelakang kite semua taksama, drpd kesusahan tu lah yg mengajar kita erti kehidupan yg sebenar. Allah menguji kita, tanda Dia nak kita dekat dgnNya. Berdoalahh dan minta lah kepadaNya, orang yg tidak berdoa, orang yg sombong kepada Allah.. Aminn, sekian assalamualaikum..

Jumpa lagi kengkawan :))

*Aku, Syah, Ikhwan, Ryan, Joe

*Aldy Shah Sem6

* Shuk Sem1

* Aizi Sem1